Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Chatroll Komuniti Ceria Aidc

Friday, July 17, 2009

Apa kaitan Krisis PR Selangor dan Kematian Teoh?


Analisis kumbang

Kematian Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah masih menimbulkan tanda tanya samada Teoh membunuh diri atau berlaku tragedi yang masih menjadi misteri.

Hujah Ean Yong Hian yang mengatakan Teoh ingin mendaftarkan perkahwinan hari ini memperkuatkan pertikaian tentang kematian Teoh samada beliau ingin membunuh diri atau sebab-sebab lain. Tetapi apa yang Kumbang dengar daripada rakan Kumbang daripada parti DAP. Teoh memang dikenali dengan sikapnya yang "abnormal" walaupun berpewatakkan agak normal ataupun beliau dikatakan seorang yang amat emosional. Jadi perkara ini memberi ruang pemikiran kepada kita untuk memikirkan adakah Teoh membunuh diri ataupun sebaliknya.

Menurut laporan Darul Ehsan Today. Teoh dikatakan menjadi saksi terhadap kes rasuah Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah serta beliau sendiri yang melaporkan kes itu pada SPRM. Klik sini untuk baca laporan beliau.
Adakah kematian Teoh ada kaitannya dengan Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah yang dikatakan terlibat di dalam kongsi gelap.
Sama-sama kita tunggu jawapannya.

Walau apa pun punca kematian Teoh. Perkara ini tidak dapat menafikan pergolakkan Pakatan Rakyat yang berlaku di Selangor kerana ramai yang telah menyedarinya. Dimulakan dengan Azmin Ali yang tidak berpuas hati dengan prestasi Exco di Selangor dan kelmarin pegawai SPRM telah menyerbu pejabat exco-exco kerajaan untuk mencari dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes rasuah. Perkara ini jugalah yang menyebabkan penahanan Teoh tadi.

Menurut beberapa perbincangan antara blogger yang Kumbang hadiri. Exco kerajaan di Selangor banyak terlibat dengan salah laku yang melibatkan pengurusan wang di Selangor.Rujuk blog Gerakan Anti PKR untuk laporan penuh.Klik sini.

Samada maklumat ini benar atau tidak Kumbang mengakui setiap ahli politik memerlukan dana untuk mereka berkerja dan dana pilihanraya untuk kempen mereka. Dengan gaji sebagai wakil rakyat dan exco memang tidak mencukupi untuk itu semua.

Disebabkan itu ahli politik dengan rela melakukan salahguna kuasa dengan mengambil atau meminta rasuah daripada sesiapa yang berurusan dengan mereka. Memang Kumbang akui wujudnya perkara ini, tetapi ia tidak boleh diterima jika perkara ini dilakukan oleh ahli politik yang membenci rasuah habis-habisan dan menjadikan isu membasmi rasuah sebagai kempen pilihanraya. Adakah apa yang mereka kempenkan itu hanya sekadar pura-pura membenci rasuah?

Jika exco-exco yang selama ini memperjuangkan integriti turut melakukan rasuah.
Dimanakah keadilan dan hak asasi serta integriti yang dibawa oleh Pakatan Rakyat?

Jika diselidiki dengan teliti banyak berlaku di Selangor. Daripada kewujudan banyak rumah urut di Selayang,dewan dikunci untuk bagi menghalang ngo untuk menggunakannya, adun yang tidak buat kerja dan beberapa perkara lain yang tak boleh disebutkan di sini. Senario ini semakin banyak berlaku di Selangor.

Maka amat tepatlah kritikan Azmin terhadap prestasi exco di Selangor jika perkara-perkara di atas diambil kira.
Tetapi adakah terdapat jaminan kerajaan Selangor mampu berubah jika exco-exconya dirombak dan Azmin sebagai menteri besar?

Dalam pada itu, kerajaan Selangor juga bijak menggantung ketua Pembangkang daripada menghadiri sidang DUN. Langkah ini menjadikan tiadanya pengkritik di DUN dan kerajaan Selangor bebas melakukan apa sahaja di bawah pentadbiran mereka.

Harapan Kumbang supaya senario ini dapat diubah dengan exco-exco dan Menteri Besar Selangor dapat ditukar segera kerana sudah setahun masalah ini berlarutan dan semakin teruk.
Rakyat Selangor secara umumnya perlukan Menteri Besar dan bukannya C.E.O .

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

P/s: Kalau Azmin memerintah tak tahulah macam mana. Selangor sengsara di bawah pemerintahan C.E.O, bagaimana pula nanti di bawah pemerintahan Jutawan?

4 Comentários:

hilbertmontell said...

Salam Kumbang,

Apa yang telah berlaku di Selangor sememangnya berkaitan antara satu dengan yang lain.

Saya melihat apa yang telah menimpa mendiang Teoh itu besar kemungkinannya adalah didalangi oleh Ronnie Liu sendiri.

Tapi kita lihat dia serbu pejabat SPRM dengan marah-marah...itu hanyalah lakonan dia saja...apa yang pasti mungkin dia lebih tahu akan hal itu sebelum orang lain...kan Kumbang...

Itu adalah pandangan bebas saya...

Tom Yam said...

semua ini adalah konspirasi dalaman dap untuk selamatkan imej parti yang tercalar ekoran kes kongsi gelap, adalah tidak logik SPRM membunuh saksi sedangakn mereka memerlukan saksi tersebut untuk sesi pendakwaan nanti

Abdul said...

salam... kumbang ni mmg dasar sekular.dia yang tuduh dia yg bagi hukuman.kalau nak kira penyelewengan khir toyol masa jadi menteri besar dulu lagi bertimbun.apasal SPRM tak siasat.apa dia ingat bn perintah sampai kiamat ke.ko ingat najib altantuya tu bagus sangat ke.cukup dulu namti aku komen lagi yeee

Kumbang said...

salam Hilbrad, Tom Yam dan Abdul

Hilbrad dan Tom Yam,
Apa yang pasti kematian Teoh tidak dapat menafikan dan menutup segala kesalahan salahlaku mereka.

Abdul,
Mungkin boleh baca artikel sebelum-sebelum ini dan nilailah siapa yang sekular.

  ©Analisis Ringan Politik dan Isu Semasa Malaysia.. Template by Dicas Blogger.

TOPO