Nizar Update! Laman AIDC Berwajah Baru dan Sedikit Mengenai Aziz Bari!
Untuk pengetahuan semua pada hari Sabtu lepas iaitu 7 November 2009. Laman AIDC atau AnwarIbrahimDotCom telah berpindah ke url baru iaitu www.anwaraidc.com. Perpindahan ini dilakukan untuk meningkatkan penyampaian maklumat kepada para pembaca dan memenuhi permintaan pembaca yang merungut mengenai lambat atau susah untuk mengakses laman AIDC sebelum ini.
Justeru itu pemindahan ini diharap dapat memberi keselesaan kepada para pembaca AIDC. Pihak AIDC juga merakamkan terima kasih kepada pembaca yang sudi menyumbang kepada kami dan membantu AIDC mempertingkatkan penyampaian. Diharapkan bantuan ini akan terus diberikan pembaca atas misi menentang kebobrokan Anwar Ibrahim. Teruskan menyokong kami dan kami akan teruskan untuk membongkar kisah-kisah Anwar Ibrahim.
Kepada rakan-rakan blogger. Harap sudi untuk linkkan kembali url AIDC yang baru ini ke blog anda. Bantuan anda amat kami hargai.
Kumbang mendapat informasi daripada rakan pelajar di UIA. Aziz Bari dikatakan menggunakan platform sebagai pensyarah di UIA untuk menyampaikan doktrin perjuangan Anwar dan membenci kerajaan di setiap kelas yang dikendali oleh beliau. Pembahagian masa kelas beliau ialah 40 minit menyampaikan doktrin perjuangan Anwar dan membenci kerajaan, manakala setengah jam lagi menyampaikan apa yang sepatutnya beliau sampaikan di dalam kelas.
Maknanya boleh dikatakan di sini beliau lebih mengutamakan perjuangan beliau sebagai boneka Anwar Ibrahim daripada menyampaikan ilmu kepada para pelajar,ini dibuktikan dengan masa yang diperuntukkan adalah lebih kepada penyampaian doktrin perjuangan Anwar dan membenci kerajaan .
Tindakan beliau ini yang menimbulkan kontroversi sama ada UIA kini sedang menawarkan ijazah Pro Anwar di UIA dan diketuai oleh Dekan tidak rasminya Aziz Bari. Menurut rakan Kumbang lagi para pelajar dikatakan susah untuk lulus matapelajaran yang diajar beliau jika pelajar itu memperlihatkan kecenderungan untuk menentang dan tidak menyukai Anwar.
Diharapkan pihak pengurusan UIA dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini, jika ingin terus diamkan. Wujudkan sahaja jurusan Pro Anwar Atartuk di UIA dan di universiti lain.
Situasi ini juga turut berlaku di universiti lain dan di sekolah-sekolah kerajaan. Ada satu laporan yang Kumbang dengar di Universiti Malaya. Seorang pelajar dikatakan gagal semata-mata kerana berani memuji cara Tun Dr Mahathir membangunkan negara.
Jika pensyarah-pensyarah seperti Aziz Bari ini tidak mengenepikan profesionalisme dan hanya mementingkan perjuangan dan idealisme politik mereka sahaja.
Apakah yang akan terjadi kepada anak bangsa kita?
Sedih nasib anak bangsa ditentukan seperti ala komunis. "Hanya Lulus jika kamu menyokong pandangan aku".

Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini






